|
Thursday, April 2, 2015
Pengredan SPM
Wednesday, April 1, 2015
TATABAHASA BAHASA MELAYU - KATA GANTI NAMA
A. KESALAHAN PENGGUNAAN
KATA GANTI NAMA:
1. Jenis kata ganti nama:
a. Ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, kami, kita, beta
b. Ganti nama diri kedua : awak, engkau, kau, mu, kalian, kamu, saudara/i, tuan/puan,
cik, encik
c. Ganti nama diri ketiga : dia, mereka, baginda, Tuhan, orang itu, pelajar itu, ia

2. Jenis kesalahan kata
ganti nama:
i. ‘ia’ tidak boleh digunakan untuk binatang atau benda. (‘ia’ -
untuk manusia sahaja)
Salah:
- Ayam itu berkokok. Ia berkokok dengan kuat.
- Kereta itu rosak. Ia rosak semalam.
Betul:
-Ayam itu berkokok. Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Kereta itu rosak semalam
ii. ‘ia’ tidak boleh disambung dengan ‘nya’.

-Ia dimarahi guru kerana ianya jahat.
-Ia dimarahi guru kerana ianya jahat.
Betul:
-Ia dimarahi guru kerana ia jahat.
iii. Kata ganti nama tidak boleh digandakan. (kecuali ‘tuan/ puan, saudara/i, encik’)
-Ia dimarahi guru kerana ia jahat.
iii. Kata ganti nama tidak boleh digandakan. (kecuali ‘tuan/ puan, saudara/i, encik’)
Salah:
-Mereka-mereka semua sedang tidur.
-Kamu-kamu semua perlu sedar.
-Mereka-mereka semua sedang tidur.
-Kamu-kamu semua perlu sedar.
Betul:
-Mereka semua sedang tidur.
-Kamu semua perlu sedar.
-Mereka semua sedang tidur.
-Kamu semua perlu sedar.
iv. Singkatan ‘mu’ dan ‘ku’
mesti dicantumkan dengan objek.
Salah:
-Saya akan pergi ke rumah mu.
-Sudah ku baca buku itu.
-Saya akan pergi ke rumah mu.
-Sudah ku baca buku itu.
Betul:
-Saya akan pergi ke rumahmu.
-Sudah kubaca buku itu.
v. Gelaran kata nama khas mesti dengan huruf besar.
-Saya akan pergi ke rumahmu.
-Sudah kubaca buku itu.
v. Gelaran kata nama khas mesti dengan huruf besar.
Salah:
-Nama guru saya encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah si Tompok.
Betul:
-Nama guru saya Encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah Si Tompok.
vi. ‘Tuhan’ mesti dieja dengan huruf besar.’ Nya’ untuk Tuhan mesti ada tanda sengkang dan berhuruf besar.

-Semoga tuhan memberi rahmatnya kepada kita.
-Semoga tuhan memberi rahmatnya kepada kita.
Betul:
-Semoga Tuhan memberi rahmat-Nya kepada kita.
vii. Jawatan yang bilangannya sedikit atau 'khas' mesti dengan huruf besar.
-Semoga Tuhan memberi rahmat-Nya kepada kita.
vii. Jawatan yang bilangannya sedikit atau 'khas' mesti dengan huruf besar.
Salah:
-Perdana menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan menteri pertanian.
-Perdana menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan menteri pertanian.
Betul:
-Perdana Menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan Menteri Pertanian.
-Perdana Menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan Menteri Pertanian.
viii. ‘ia’ dan ‘dia’ tidak
boleh untuk orang dihormati atau yang lebih tua. (gunakan ‘beliau’)
Salah:
-Pegawai itu tidak hadir kerana ia sakit.
-Perdana Menteri demam kerana dia terkena hujan.
-Pegawai itu tidak hadir kerana ia sakit.
-Perdana Menteri demam kerana dia terkena hujan.
Betul:
-Pegawai itu tidak hadir kerana beliau sakit.
-Perdana Menteri demam kerana beliau terkena hujan.
ix. ‘beliau’ tidak boleh untuk orang jahat atau kanak-kanak.
-Pegawai itu tidak hadir kerana beliau sakit.
-Perdana Menteri demam kerana beliau terkena hujan.
ix. ‘beliau’ tidak boleh untuk orang jahat atau kanak-kanak.
Salah:
-Beliau ditangkap kerana merompak.
-Beliau masih bayi lagi, cikgu.
-Beliau ditangkap kerana merompak.
-Beliau masih bayi lagi, cikgu.
Betul:
-Dia/ ia ditangkap kerana merompak.
-Dia/ ia masih bayi lagi, cikgu
-Dia/ ia ditangkap kerana merompak.
-Dia/ ia masih bayi lagi, cikgu
(Terima kasih Cikgu Mohd Zaki - maaf dipetik tanpa izin, niat nak bantu murid)
Faedah Sukan Kepada Masyarakat
Sukan
bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang
atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan
bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat.
Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih
dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah
banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan
dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang
sahaja. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu emas, walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga. Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral, vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak, merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.
Di samping itu, sukan merupakan salah satu wahana penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.
Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.
Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat

Tuesday, March 31, 2015
Karangan Pelajar : Perpaduan Kaum
Kehidupan
masyarakat yang harmoni bergantung kepada perpaduan kaum dalam kalangan rakyat.
Bincangkan
langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk mengukuhkan
perpaduan kaum di negara ini.
Dewasa
ini, pelbagai perubahan dan perkembangan dapat dilihat di negara kita Malaysia.
Sebagai contohnya, kejayaan pembinaan menara yang tertinggi di dunia, Menara
Kuala Lumpur dan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu Jambatan Pulau
Pinang dan yang terkini ialah pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua. Kejayaan-kejayaan Malaysia hari ini adalah disebabkan oleh perpaduan
antara rakyat berbilang kaum. Bagi rakyat Malaysia, perpaduan antara kaum
amatlah penting untuk melahirkan sebuah negara yang aman dan damai. Oleh itu,
bagi mengekal di samping mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini, maka langkah-langkah
yang sewajarnya harus diambil.
Bagi
mengukuhkan perpaduan antara kaum, masyarakat memainkan peranan yang sangat
penting. Masyarakat haruslah menghayati nilai-nilai murni seperti nilai
toleransi dalam pergaulan seharian supaya perselisihan faham tidak berlaku. Di
kawasan perumahan, pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan. Contohnya,
aktiviti membersihkan alam sekitar dan aktiviti kejiranan yang lain supaya
hubungan silaturahim antara kaum dapat dieratkan. Aktiviti rumah terbuka pada
hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri juga dapat mengeratkan hubungan
antara satu sama lain. Selain itu, melalui aktiviti seumpama ini, sesuatu kaum mempunyai peluang untuk memahami adat resam
serta makanan tradisi kaum lain. Hal ini secara tidak langsung telah
mendalamkan pengetahuan kita terhadap kaum yang lain dan dapat mengurangkan
peluang menyentuh pantang larang kaum lain.
Seterusnya, ibu bapa juga berperanan penting
dalam hal ini kerana ibu bapa merupakan model kepada anak-anak mereka. Oleh
itu, ibu bapa perlulah menunjukan sikap yang baik dan bertolak ansur dengan
orang lain terutamanya yang berbeza kaum supaya anak-anak mereka dapat
mempelajari nilai yang baik daripada mereka. Sekiranya seorang bapa memarahi
dan mengatakan isu sensitif antara kaum, tentu anak mereka akan terpengaruh
kerana bapa borek, anak rintik. Ibu bapa juga haruslah mendidik anak-anak
mereka tentang nilai toleransi dan juga adat resam kaum lain sejak dari kecil
lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini secara
langsung boleh mengurangkan perselisihan faham antara kaum.
Tambahan pula, dalam usaha mengukuhkan
perpaduan antara kaum, kerajaan memainkan peranan yang terpenting kerana
merekalah yang memimpin rakyat Malaysia. Pihak kerajaan seharusnya menggalakkan
dan memberi sokongan kepada aktiviti-aktivit yang diadakan oleh badan-badan
bukan kerajaan yang bertujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum. Pihak
kerajaan juga boleh mewujudkan dasar-dasar dan slogan-slogan yang bertujuan
menyatupadukan rakyat Malaysia. Contohnya, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan
oleh Perdana Menteri kita Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Banyak aktiviti
telah diadakan dengan jayanya berdasarkan konsep tersebut dan masyarakat
perlulah menyokong aktiviti-aktiviti sebegini. Seterusnya, dalam dasar
pentadbiran kerajaan tidak haruslah mengabaikan atau mementingkan mana-mana
kaum dan perlu mentadbir dengan adil dan saksama.
Di samping itu, sekolah memainkan peranan yang
agak penting juga dalam menyatupadukan semua kaum. Hal ini kerana kebanyakan
masa murid-murid pada hari ini adalah di sekolah. Oleh itu, sekolah memberi
pengaruh yang agak besar kepada para pelajar. Sekolah seharuslah menerapkan
kepentingan perpaduan dan nilai-nilai murni dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Menerusi pengajaran mata pelajaran
Pendidik Sivik dan Kewarganegaraan serta Sejarah, guru-guru perlulah
memberitahu betapa pentingnya perpaduan kepada rakyat Malaysia dan kesusahan
pemimpin-pemimpin kita yang terdiri daripada berbilang kaum menuntut kemerdekaan
daripada kerajaan British. Guru-guru juga boleh menceritakan implikasi
sekiranya rakyat tidak bersatu padu. Contohnya, tentang rusuhan kaum yang
berlaku pada 13 Mei 1969.
Selain
itu, media massa pada hari ini juga membawa pengaruh yang besar kepada rakyat
Malaysia sama ada media cetak ataupun media elektronik. Media massa boleh
menyiarkan iklan-iklan serta rancangan-rancangan yang berunsurkan perpaduan.
Contohnya, kartun ‘Upin dan Ipin’ yang menceritakan kehidupan kanak-kanak yang
berbilang kaum. Media massa tidak seharuslah mamaparkan isu-isu sensitif yang
boleh menyebabkan kemarahan mana-mana kaum. Orang yang menemu ramah dan orang
yang ditemu ramah tidak haruslah menyentuh isu sensitif antara kaum. Penyebaran
khabar angin seperti orang Melayu ingin membunuh orang Cina melalui Internet
ataupun telefon bimbit juga tidak boleh dilakukan. Hal-hal ini tidak sepatutnya
berlaku di negara kita dan pihak-pihak yang menyentuh isi sensitif kaum
perlulah dijatuhkan hukuman kerana isu-isu ini boleh menyebabkan rakyat
Malaysia berpecah belah dan sejarah hitam berkemungkinan berulang lagi.
Deduksinya, Malaysia, sebagai sebuah negara
yang sedang berkembang.Rakyatnya telah menerima pendidikan dan mengetahui
kebaikan dan keburukan sesuatu keputusan seharusnya bersatu padu kerana sepakat
membawa berkat. Sekiranya rakyat Malaysia tidak bersatu padu, ekonomi negara
kita tidak akan berkembang dan politik kita akan tidak stabil di samping
membawa kesan buruk kepada negara kita iaitu sekali lagi dijajah oleh kuasa lain.
Perpaduan teras kejayaan! Sekiranya rakyat Malaysia menginginkan sebuah negara
yang aman damai serta berkembang maju, rakyat Malaysia yang berbilang kaum
haruslah bersatu padu dan bersama-sama merealisasikan Gagasan Satu Malaysia dan
Wawasan 2020!
Ali Redha 5RKA
Subscribe to:
Posts (Atom)