| 0 comments |

Tuesday, September 6, 2011

Isi dan olahan isi

Teknik penyampaian karangan berikut boleh dicontohi:

Hutan merupakan kawasan terbesar di muka bumi ini selepas lautan. Situasi ini menggambarkan betapa bermaknanya hutan kepada manusia. Apakah yang akan terjadi jika hutan-hutan ini dimusnahkan? Penebangan pokok-pokok tanpa had akan menyebabkan kemusnahan hutan hujan tropika. Keadaan ini akan menyebabkan sistem ekologi yang membekalkan udara bersih kepada manusia akan terganggu. Kawasan hutan yang menjadi kediaman hutan juga musnah. Lalu haiwan-haiwan ini akan hilang tempat mencari makanan.

Aktiviti penggondolan hutan yang berpunca daripada kerakusan manusia menebang pokok-pokok boleh menyebabkan berlakunya banjir lumpur. Kawasan tanah tinggi seperti bukit akan mudah runtuh apabila tiada pokok yang menahan kehadiran hujan di atasnya. Keadaan ini akan menyebabkan kawasan rendah di sekitarnya diancam banjir lumpur akibat hakisan tanah di lereng-lereng bukit. Ekoran itu, nyawa manusia dan haiwan-haiwan turut terancam. Hutan yang ada di muka bumi ini juga dianggap sebagai kawasan rumah hijau. Kemusnahan hutan bermakna tempat berteduh bagi spesies haiwan akan terganggu. Mereka akan kepanasan akibat peningkatan haba, kesan rumah hijau dan juga pancaran matahari. Malah, bagi kawasan yang rendah, kemungkinan ditenggelami air boleh berlaku apabila hujan tidak dikawal oleh pokok-pokok yang sudah ditebang.

Lebih malang lagi, kita akan melihat kepupusan habitat haiwan yang menghuni hutan sejak sekian lama apabila hutan-hutan ini musnah. Haiwan-haiwan liar ini jika tidak mati kelaparan, mungkin akan pergi ke kawasan kampung berdekatan untuk mencari makanan. Hal Ini akan mengancam keselamatan penduduk berhampiran. Sehubungan itu, aktiviti penanaman pokok hendaklah dilakukan secara terancang bagi mengelakkan implikasi buruk sama ada kepada manusia mahupun hidupan-hidupan lain. ...read more ⇒
| 0 comments |

Thursday, September 1, 2011

Buku Baru Yang Telah Dibaca : Memecah Masalah (Soal Jawab Guru)


Karya Cikgu Norbi elok dibaca
oleh semua pendidik

Mengajar sebagai proses membina manusia cemerlang bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai sebuah aktiviti penyampaian ilmu, mengajar memerlukan kebijaksanaan, kreativiti, kejujuran dan kesabaran dalam pelaksanaannya. Elemen-elemen ini perlu diadunkan menjadi satu untuk membentuk kecemerlangan pelajar, sekolah dan guru itu sendiri.

Guru perlu mempunyai seni mengajar dan bersikap kreatif. Ramai yang mampu mengajar tetapi bukan semua orang dapat mengajar dengan baik, menarik dan berkesan. Melalui buku ini, penulis menjelaskan sikap yang perlu ada pada seorang guru untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakan guru lain.

Budaya kerja kelas pertama perlu sentiasa dipraktikkan selain inisiatif untuk mempelbagaikan pedagogi pengajaran supaya pelajar tidak akan berasa bosan dengan kaedah yang sama setiap hari.
...read more ⇒
| 0 comments |

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya

Dalam kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung Blog saya. Maaf zahir batin. ...read more ⇒
| 0 comments |

Tuesday, July 20, 2010

Malam Deklamasi Puisi Di SMKBS

SMKBS dengan kerjasama PERENTAS, Pejabat Kebudayaan Kerian akan menganjurkan malam Deklamasi Puisi pada 24 Julai 2010, mulai jam 9.00 malam di perkarangan SMK Bagan Serai.

Semua peminat puisi yang tinggal di sekitar Kerian dijemput hadir. Kiranya berminat untuk mendeklamasikan puisi sila hubungi Cikgu Mohd Saad (0135101354) ...read more ⇒
| 0 comments |

Saturday, May 22, 2010

Kata Bantu : Boleh dan Dapat

Kata bantu boleh digunakan untuk maksud 'keizinan'. Sebagai contoh :

1. Kamu boleh pergi ke tandas jika semua latihan telah disiapkan.

2. Mereka tidak boleh memasuki kawasan itu kerana berbahaya.

Kata bantu dapat pula digunakan untuk maksud 'keupayaan'. Sebagai contoh :

1. Adik sudah dapat menunggang basikal itu.

2. Ayah masih tidak dapat melakukan kerja yang berat kerana badannya masih lemah.

(Dipetik daripada ruangan Soal Jawab Bahasa, oleh Munsyi Dewan, Pelita Bahasa Mei 2010) ...read more ⇒
| 0 comments |

Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong Perdana Sempena Hari Guru di SMKBS dapat sambutan

Majlis gotong royong sempena Hari Guru 2010 mendapat sambutan hangat daripada guru-guru dan pelajar SMK Bagan Serai.

Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.

Gotong royong yang diadakan ini telah berjaya memberikan kesedaran kepada pelajar untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah, selain memupuk rasa cinta dan sayang kepada sekolah.

Impak lain yang kelihatan ialah wujudnya semangat permuafakatan antara pelajar, termasuk dalam kalangan pelbagai kaum seiring gagasan 1 Malaysia seperti yang dilaungkan oleh kepimpinan negara. ...read more ⇒
| 0 comments |

Kata Pemeri - Masih banyak kesilapan!

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu 'ialah' dan 'adalah'.

Kata pemeri 'ialah' diletakkan di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri 'adalah' diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Kata pemeri tidak boleh diletakkan dihadapan kata kerja atau frasa kerja,

Sebagai Contoh :

1. Wanita yang memakai kebaya itu ialah ibu saya.
2. Faris adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah ini.
3, Sate ialah makanan kegemaran saya.
4. Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Rabu ...read more ⇒
| 0 comments |

Friday, April 30, 2010

Kem Bahasa Melayu Edisi 1

Kepada semua pelajar tingkatan 5, SMK Bagan Serai:

Program KEM Bahasa Melayu Edisi 1, akan diadakan "

Pada : 8 Mei 2010
Jam : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Sekolah

Fokus : Memperkasakan jawapan 'Rumusan' dan 'Novel'

Semua pelajar diwajibkan hadir. ...read more ⇒
| 0 comments |

Kata-kata Hikmah

Berikut merupakan kata-kata hikmah yang saya petik daripada internet untuk bersama-sama kita renungi ........

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

3) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

4) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

(Petikan : http://www.tokekedai.net.my/)

Selagi Bergelar Manusia

Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan
Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta

Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!!

Dipetik daripada – http://tazkirah.wordpress.com/ ...read more ⇒
| 0 comments |

Wednesday, April 21, 2010

Kesalahan Penggunaan Kata Tugas

Masih ramai penutur bahasa Melayu yang melakukan kesalahan penggunaan kata tugas. Telitikan kesalahan penggunaan kata tugas dalam ayat-ayat berikut dan semak pembetulannya.
[ (a): salah, (b): betul)]


1(a) Oleh kerana kedudukan kewangannya tidak stabil, dia membatalkan hasratnya untuk membeli saham yang berkenaan.
b) Oleh sebab kedudukan kewangannya tidak stabil, dia membatalkan hasratnya untuk membeli saham yang berkenaan.


2 (a) Selain daripada bermain golf, ayah juga mempunyai hobi memasak.
(b) Selain bermain golf, ayah juga mempunyai hobi memasak.


3 (a) Mereka saling ziarah- menziarahi sambil bermaafan di pagi hari raya.
(b) Mereka saling menziarahi samabil bermaafan pada pagi hari raya.


4 (a) Penduduk kampung disarankan agar tidk membuang sampah di dalam sungai bagi mengelakkan pencemaran air.
(b) Penduduk kampung disarankan agar tidak membuang sampah ke dalam sungai bagi mengelakkan pencemaran air.


5 (a) Wau kepunyaan Atan yang tersangkut di tiang telefon itu, koyak.
(b) Wau kepunyaan Atan yang tersangkut pada tiang telefon itu, koyak. ...read more ⇒