Monday, May 25, 2009

Calon Dihadkan Jumlah Kertas SPM

KUALA LUMPUR - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran sahaja.

Itulah angka yang ideal kepada tokoh akademik, Prof. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim apabila merujuk kepada cadangan kerajaan untuk mengkaji mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon peperiksaan tersebut.

Kecenderungan pelajar-pelajar pintar yang sanggup mengambil sehingga 20 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mungkin akan berakhir.

2 comments:

mahaninoordin said...

saya setuju sebab terlalu banyak mata pelajaran menyebabkan pelajar hilang fokus.

Anonymous said...

Saya tidak bersetuju kerana skop pelajaran akan terbatas dan kebijaksanaan pelajar tidak dapat dikembangkan dan dicungkil