KEPENTINGAN BANGUNAN BERSEJARAH KEPADA NEGARA
Bangunan bersejarah merupakan antara bahan
sejarah yang begitu penting. Oleh itu, kerajaan telah bertindak
memelihara dan memulihara bangunan ini.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan bangunan ini kepada negara?
.....Bangunan bersejarah merupakan bangunan peninggalan daripada leluhur kita. Bangunan bersejarah lazimnya mempunyai signifikan dan ciri-ciri yang unik sehingga mampu dikagumi dan dilestarikan. Antara contoh bangunan bersejarah ialah Kota A’ Famosa di Melaka, Istana Menanti di Negeri Sembilan, dan Candi Lembah Bujang di Kedah. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan bangunan bersejarah ini sehingga perlu dikekalkan oleh kerajaan?
.....Antara kepentingannya adalah dapat menarik kedatangan pelancong. Bangunan bersejarah sememangnya mempunyai tarikan yang tersendiri, sehingga mampu memancing hati pelancong, bukan sahaja pelancong asing, malahan pelancong domestik. Lihatlah, betapa Kota Melaka yang terkenal dengan bangunan bersejarah yang berbagai-bagai rupa menyebabkan kunjungan pelancong ke Bandar raya Bersejarah itu tidak pernah surut. Disebabkan negeri ini mempunyai banyak bangunan bersejarah, UNESCO telah mengisytiharkannya sebagai harta warisan dunia yang perlu dipelihara. Secara tidak langsung, pengekalannya telah membantu negara menambahkan pendapatan negara.

.....Selain itu, bangunan bersejarah juga dapat mempamerkan estika dan keunikan seni binanya yang tersendiri. Sesungguhnya, setiap monumen bersejarah mempunyai gaya seni bina masing-masing, sama ada menerima pengaruh luar mahu pun dibina berdasarkan pengaruh tempatan. Misalnya, Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka jelas memperlihatkan keindahan seni binanya melalui pengaruh Inggeris dan Islam. Uniknya, bangunan ini mempunyai menara jam yang didirikan di tengah-tengah bangunan. Begitu juga dengan bangunan Stesen Kereta api Tanah Melayu di Kuala Lumpur yang jelas menonjolkan ciri-ciri seni bina Islam melalui kubahnya seperti masjid.
.....Di samping itu, bangunan ini juga dapat mengimbau kembali sejarah negara.
Dengan masih berdiri megahnya bangunan yang dibina semasa zaman
penjajahan yang membawa air mata sengara dan derita, membolehkan
masyarakat menginsafi perjuangan datuk nenek moyang kita yang
bermatian-matian sehingga mengalirkan darah, bak kata peribahasa, ‘biar
putih tulang, jangan putih mata’. Kota A’ Famosa umpamanya, mengingatkan
kita Tanah Melayu dijajah pada tahun 1511 oleh Portugis dan menjadi
penanda aras berakhirnya zaman kemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Dengan ini, kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga kemerdekaan
negara daripada dicabul oleh bangsa asing.
.....Bukan itu sahaja, bangunan ini juga dapat menonjolkan identiti sesuatu masyarakat.
Biasanya, untuk mempersembahkan jati diri dan keunikan sesuatu kaum
akan ditonjolkan melalui seni bina. Tamsilnya, Istana Menanti di Negeri
Sembilan begitu jelas mempamerkan jati diri masyarakatnya yang dikatakan
berasal daripada bangsa Minang. Lihatlah, bentuk bumbungnya yang
mempunyai pengaruh Minangkabau. Tidak ketinggalan, Candi Lembah Bujang
di Kedah juga memperlihatkan betapa penduduk zaman itu mempunyai
pegangan yang kuat terhadap agama anutannya, iaitu agama Hindu.
.....Secara
totalnya, bangunan bersejarah sememangnya membawa 1001 kepentingan
kepada negara serta masyarakat seluruhnya. Oleh itu, semua pihak perlu
sedar akan peranan masing-masing dalam usaha mengekalkan struktur dan
nilai bangunan ini daripada dimusnahkan. Ahli sejarawan ada berkata,
“Orang yang melupakan sejarah pasti mengulanginya.”. Oleh itu,
peliharalah bangunan bersejarah supaya episod lara yang pernah dibawa
oleh Portugis, British, Belanda, dan Jepun tidak berulang semula. Tidak
bermakna bangunan yang telah berusia berates-ratus tahun ini perlu
dirobohkan kerana dianggap sudah uzur. Sebaliknya, pewartaannya sebagai
bangunan warisan perlu dilakukan oleh kerajaan dengan segera.