TEMA
:
KEMALANGAN JALAN RAYA
TUGASAN
:
USAHA-USAHA UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN
DI
JALAN RAYA.
ISI-ISI PENTING :
Pengguna perlu mematuhi peraturan jalan raya.
Ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak ketika berada di jalan raya.
Sekolah memperkenalkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Media massa
menyiarkan dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya untuk memberi
kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Kerajaan menjalankan kempen-kempen secara berterusan.
CONTOH KARANGAN .
Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Setiap hari, kita
boleh membaca berita berkaitan kemalangan di surat khabar. Kebanyakan kemalangan jalan
raya berlaku pada musim perayaan. Banyak nyawa yang telah terkorban dalam
kemalangan tersebut. Terdapat pelbagai usaha untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya..
Antara usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah pemandu
mesti memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Mereka perlu
sentiasa menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis. Kenderaan yang baik
boleh menjamin keselamatan pemandu dan penumpang ketika di jalan raya.
Sebaliknya, kenderaan yang tidak diservis boleh mengakibatkan kenderaan tidak
dapat dikawal semasa berlaku kecemasan. Sebagai contoh, kenderaan yang rosak
breknya tidak dapat diberhentikan dengan selamat..Oleh itu,keadaan kenderaan
yang baik dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Selain itu,ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya. Ibu bapa boleh menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya
seperti memakai topi keledar ketika menunggang motosikal. Ibu bapa juga perlu
memandu kenderaan mengikut had laju yang ditetapkan. .Dengan itu,anak-anak akan
mencontohi amalan yang baik itu. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sememangnya
berperanan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Sekolah juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara
kita. Sekolah boleh melaksanakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Para pelajar akan diberi pendedahan tentang hal-hal
yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya sejak kecil lagi kerana kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya, mereka akan
menggunakan ilmu yang dipelajari di sekolah dan menjadi pengguna jalan raya
yang berhemah. Oleh itu, pendidikan di sekolah boleh mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya.
Di samping itu,media massa
juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Media massa seperti televisyen
boleh menyiarkan dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya. Penonton akan
menjadikan peristiwa kemalangan yang ditonton sebagai pengajaran. Dengan
itu,mereka tidak akan melakukan kesalahan-kesalahan jalan raya seperti memandu
dengan laju dan menggunakan telefon ketika memandu. Tindakan ini dapat
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.
Seterusnya, kerajaan boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah
dengan mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya secara berterusan..
Antara kempen yang telah diadakan ialah Kempen Berhati-hati di Jalan Raya.
Kempen ini sangat penting untuk mengubah sikap pemandu agar lebih berhati-hati
di jalan raya. Kempen ini boleh dijalankan di sekolah dan disiarkan melalui televisyen.
Oleh itu,melalui kempen yang berterusan yang dijalankan oleh kerajaan
dapat mengurangkan kemalangan jalan raya.
Kesimpulannya,kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan
di mana-mana sahaja. Kadar kemalangan jalan raya boleh dielakkan dengan
wujudnya kerjasama daripada pelbagai pihak. Setiap pihak bertanggungjawab
melaksanakan usaha-usaha tersebut dengan bersungguh-sungguh. Dengan ini,
kemalangan sifar dapat dijadikan kenyataan. Hal ini bertepatan dengan
slogan,Pandu Cermat Jiwa Selamat.
10 comments:
very great
Trial kita guna karangan simple ni genggg
Makseh utk rujukan tersebut
Simple tapi berguna
Thanks,very good
Tq.senang dan isinya juga simple
Wow
Ringkas
Saya suka saya suka saya form 3
Tq for the simple good essay👍👍
Thanks
Post a Comment