Wednesday, March 3, 2010

Penggunaan Kata Sendi Nama Dari dan Daripada

Sebenarnya kata sendi nama dari dan daripada mempunyai pengertian yang berbeza dalam sistem tatabahasa Melayu.

1 : Dari: Kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.

Contohnya :
  • Ahmad datang dari mana?
  • Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.

2 : Daripada : Kata sendi daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut :

a) Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad. Contoh:

  • Ali menerima sepucuk surat daripada ibunyayang kini sedang menunaikan fardu haji.
  • Ahmad dapat menyelesaikan masalah itu hasil daripada ketabahannya menghadapi dugaan.

b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.

  • Kain yang dipakai oleh Puan Mariam diperbuat daripada sutera.
  • Raja menerima berita kemenangannya dalam pertandingan melukis daripada berita yang disiarkan melalui televisyen.

c) Menyatakan sebahagian daripada semua. Contoh :

  • Enam orang daripada mereka mati disambar petir.
  • Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.

d) Menyatakan perubahan , perbezaan atau perbandingan contoh :

  • Adik lebih tinggi daripada abang
  • Pendapatan yang dikemukakan jauh lebih matang daripada usianya yang sebenar.

e) Kata sendi nama daripada boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif apabila digunakan untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan. Contohnya :

  • Lebih baik menjawab soalan daripada tidak menjawab langsung.
  • Daripada duduk sahaja di rumah lebih baiklah beramal ibadat, membersihkan kawasan masjid dan lain-lain.

12 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Cikgu Saad.
Sangat berguna kepada marketeers seperti saya yang perlu translate iklan english kepada melayu. This blog is a very good one. I like the examples and explanation. Thank you.

Anonymous said...

As salam cikgu,
Saya ada soalan mudah yang saya tak faham.

Antara yang bawah ni, yang mana satu betul?

Padam lampiran lebih besar daripada
@
Padam lampiran lebih besar dari

Sharinginfoz said...

terima kasih berkongsi, i am sure ramai yang masih mengalami masalah membezakan dari dan daripada

iDAN said...

Saya asyik asyik keliru penggunaan DARI dan DARIPADA ini...

Anonymous said...

antara dibawah mana yang betul:

1-jauhkan daripada cahaya matahari

2-jauhkan dari cahaya matahari

Anonymous said...

guys...selain daripada Arah/Tempat/Masa (ATM), semuanya guna 'daripada'.

Anonymous said...

Sangat bermanfa'at.. Terima kasih Cikgu!!

~Bunda@SG~

Anonymous said...

memang dari dulu lagi atau memang daripada dulu lagi?

mohd shahran said...

betul tak ayat ni ali menerima arahana dari Unit Disiplin sekolahnya

Anonymous said...

Mohd Shahran: Ali menerima arahan daripada Unit Disiplun sekolahnya.

Anonymous said...

Setiap hari Aminah bangun dari tidur pada pukul 6.00 pagi . Betulkah penggunaan dari tersebut ?

Unknown said...

Yang mana betul? Lebih daripada 4 juta artikel surat khabar ke atau.. lebih dari 4 juta artikel surat khabar?