PERSIAPAN-PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI ALAM PEKERJAAN
OLEH : HASIF OTHMAN (5RKA)
(Jawapan Soalan
BM 1 Peperiksaan Awal Tahun 2016)
Setiap individu mempunyai cita-cita
tersendiri yang menjadi impian untuk dicapai suatu ketika nanti. Kita sedia maklum bahawa setiap peringkat
dalam kehidupan seseorang individu berkait rapat dengan keperluan dan
kematangan masing-masing dalam menghadapi sesuatu situasi atau konflik.
Misalnya peringkat kanak-kanak dan remaja dikaitkan dengan alam persekolahan
manakala peringkat dewasa lebih cenderung kepada alam pekerjaan yang pada
dasarnya menentukan taraf hidup seseorang individu sama ada mampu menampung
keperluan diri, keluarga, dan sebagainya dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. Persoalannya, apakah persiapan-persiapan
yang wajar dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan. Justeru, bagi merungkai
persoalan ini, saya akan menerangkan secara teliti dan terperinci tentang
persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan.
Antara persiapan untuk menghadapi alam
pekerjaan adalah berkaitan dengan kelayakan akademik yang sesuai dengan
pengkhususan pekerjaan. Hal ini kerana, jika seseorang individu ingin
meneceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan sudah tentu pihak majikan akan
meneliti tentang kemahiran atau kebolehan yang setaraf dengan sektor atau
jabatan yang dapat dijawat melalui kelayakan akademiknya. Sebagai contoh,
individu yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang perubatan kebiasaannya
akan menceburkan diri dalam bidang sama atau berkaitan dengan pengkhususan
kemahiran seperti ahli farmasi, doktor pakar, jururawat, pakar bedan dan
sebagainya. Kesannya, seseorang individu dapat menumpukan perhatian ketika di
bangku sekolah terhadap bidang yang berkaitan dengan pengkhususan pekerjaan
yang sesuai dengan cita-citanya agar dapat mengelakkan pengangguran akibat
tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya ada apabila berkhidmat di bawah
sesebuah agensi sama ada kerajaan mahupun swasta. Justeru, jelaslah bahawa
kelayakan akademik amat penting bagi seseorang membuat persediaan menempuh alam
pekerjaan.
Selain itu, seseorang individu juga
hendaklah bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum memasuki alam
pekerjaan. Hal ini demikian kerana, seseorang pekerja seharusnya mempunyai
fizikal dan mental yang kuat untuk membolehkan mereka menghadapi tekanan kerja
yang boleh memudaratkan bukan sahaja emosi malah kesihatan sekiranya tidak
dapat ditangani dengan baik. Contohnya, sekiranya seseorang individu tidak
biasa melaksanakan tugasan-tugasan yang berat dan menguji kesabaran secara
tidak langsung dapat menggangu emosi dan fikiran yang bercelaru sehingga satu
tahap boleh mengundang penyakit serius seperti tekanan darah tinggi, migraine,
dan sebagainya. Impaknya, apabila individu itu berkhidmat dalam pekerjaan, akan
menyukarnya untuk mengekalkan pretasi dan berkemungkinan besar boleh dipecat
oleh majikan. Natijahnya, jelaslah bahawa seseorang individu perlulah bersedia
dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki alam pekerjaan.
Seterusnya, seseorang individu juga
hendaklah mempertimbangkan tentang prospek pekerjaan berkaitan bidang yang
diceburi. Hal ini kerana, apabila seseorang individu membuat pertimbangan awal
berkaitan prospek pekerjaannya membolehkan kadar perbelanjaan dan sumber
pendapatan alternatif dapat ditentukan untuk mengelakkan pembaziran masa, wang,
dan tenaga. Contohnya, sebelum berkhidmat dalam sesebuah agensi, seseorang
individu perlulah menekankan faedah sampingan yang bakal diperoleh selain
daripada gaji pokok yang ditawarkan seperti elaun tambahan, bonus, suasana
tempat kerja, peluang kenaikan pangkat, jarak ke tempat kerja dan sebagainya
agar dapat menjamin kedudukan kewangan yang stabil. Impaknya, individu dapat
menyeimbangkan kadar perbelanjaannya sesuai dengan pendapatan yang diperoleh
untuk menjamin tabungan dan kejadian luar jangka ketika berkhidmat dalam
sesebuah sektor pekerjaan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Tuntasnya, jelaslah bahawa prospek pekerjaan seseorang individu perlu dipertimbangkan
sebelum menceburi alam pekerjaan.
Di samping itu, persediaan-perssediaan
yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan ialah mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik. Hal ini kerana, apabila seseorang itu mempunyai
komunikasi yang baik dapat membantunya menyesuaikan diri dengan suasana tempat
kerja melalui khidmat nasihat dan pergaulan yang baik sesama rakan sekerja pada
masa yang sama mengelakkan perasaan hasad dengki sesama rakan sekerja.
Contohnya, individu yang pandai menjaga tutur kata dan adab sesama rakan akan
mudah digauli serta mendapat bimbingan khususnya ketika memasuki alam pekerjaan
yang bukan sahaja melibatkan komunikasi sesama rakan sekerja dan majikan, malah
para pelanggan, klien, pelabur dan sebagainya bergantung kepada bidang
masing-masing. Kesannya, kita dapat memperoleh kepercayaan majikan serta
pelanggan dalam memberi komitmen dalam tugasan secara profesional yang dapat
dijadikan motivasi atau penggerak untuk berkhidmat dalam sektor yang diceburi.
Natijahnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kemahiran berkomunikasi amat
penting sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.
Sementelahan pula, persediaan-persediaan
yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan ialah bijak membahagikan
masa. Hal ini demikian kerana seseorang yang dapat membahagikan masa dengan
baik dapat mengurangkan risiko menghadapi masalah tekanan akibat prestasi kerja
yang tidak selari dengan dengan kitaran biologi seseorang. Misalnya, jika
seseorang gagal membahagikan masa kerja dan masa tidur akan menyebabkan
produktivitinya menurun berpunca daripada gejala kekurangan tidur semata mata
untuk menyiapkan tugasan yang tertangguh. Kesannya, seseorang itu akan sukar
untuk melengkapi keperluan hidup yang sihat dari segi rohani,jasmani,emosi,dan
sebagainya jika tidak membahagi waktu dengan baik kerana pepatah Arab pernah
menyebut waktu bagaikan pedang, sekiranya kita tidak memotongnya dia akan
memotong kita. Justeru jelaslah bahawa
pengurusan masa amat penting sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai
persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan. Sehubungan itu, semua pihak khususnya individu
seharusnya berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam usaha bagi melahirkan
generasi yang professional dan syumul dalam pelbagai sektor pekerjaan.Oleh hal
yang demikian,diharapkan pelbagai program dan bengkel dapat terus dijalankan
untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak muda tentang pelbagai bidang
pekerjaan untuk menjana taraf hidup dan pertumbuhan ekonomi negara.
32 comments:
Tk cikgu😚
Tk cikgu😚
thanks cikgu 👍👍👍
minta izin utk dijadikan contoh karangan utk pembetulan exam. t.kasih 😊
Good karangan ini
Komen saya ialah saya harap cikgu boleh perbaiki penggunaan bahasa melayu dengan betul. Contohnya, penggunaan perkataan "Justeru". Cikgu boleh rujuk website Dewan Bahasa dan Pustaka untuk maklumat lanjut
Simple but nice
Nice
Menarik
Huhu
terima kasih very helpfull
Nice
Boleh tahan
Tq
Tq
K
berapa patah perkataan ni?
tenkiu cg 🌼
TQ CIKGU.Sesuai dengan tugasan karangan saya.
terima kasih cikgu, atas perkongsian ilum tersebut.
Terima kasih cikgu atas perkongsian 🌾.
Mohon izin untuk digunakan sebagai rujukan untuk peperiksaan percubaan yang sedang menghampiri. Terima kasih cikgu. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan cikgu.
terima kasih akhirnya saya faham untuk menjawab soalan ini!!
Terima kasih cikgu utk perkongsian karangan ini...semoga Allah mempermudahkan segala urusan cikgu..
terima kasih daun keladi:)
Terima kasih cikgu!!!!
mohon izin kongsi dengan murid - murid..terima kasih
Sangat bermanfaat
奈斯
gila gila geng hahhahhah
tq cikgu
Arigatoo sensei
Post a Comment