TAJUK
:
HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG AKRAB
TUGASAN
:
USAHA-USAHA MEMANTAPKAN HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
ISI-ISI PENTING :
Memberitahu ibu bapa sebelum keluar dari rumah
Ibu bapa menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga
Peranan masyarakat
Peranan media massa
Peranan kerajaan melalui dasar tertentu
CONTOH KARANGAN - YANG MUDAH (Sesuai untuk murid pencapaian sederhana)
Hubungan kekeluargaan sangat penting. Hubungan ini penting bagi
melahirkan keluarga bahagia. Hal ini sekali gus dapat menangani gejala sosial.
Pelbagai usaha perlu diambil untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Antara usahanya ialah anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum
keluar rumah. Hal ini demikan supaya anak –anak mendapat keizinan
daripada ibu bapa sebelum keluar rumah terutama dalam menuntut ilmu. Hal ini
memudahkan ibu bapa mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh anak-anak dan dengan
siapa mereka berkawan. Oleh yang demikian anak-anak perlu memberitahu ibu bapa
sebelum mereka keluar dari rumah.
Selain itu, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
pemimpin keluarga. Mereka hendaklah sentiasa berbincang bersama anak-anak
jika ada sebarang masalah. Sebagai contoh, jika akan-anak berhadapan
dengan masalah pelajaran, mereka perlu berbincang bersama-sama bagi
mengatasinya. Amalan makan bersama-sama dengan ahli keluarga juga dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan. Tegasnya, ibu bapa perlu menjalankan
tangunggjawab mereka dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.
Masyarakat turut memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan
kekeluargaan. Antaranya, adalah dengan mengadakan hari keluarga dan
temasya sukan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan
kerjasama antara ahli keluarga semasa pertandingan. Dengan ini, jelaslah bahawa
masyarakat penting dalam usaha merapatkan hubungan kekeluargaan.
Di samping itu, peranan media massa
juga penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini boleh
dilakukan melalui iklan di televisyen dan surat
khabar. Sebagai contoh, terdapat iklan yang menggalakkan ahli keluarga
berhubung melalui telefon bimbit. Terdapat juga iklan yang
mempengaruhi orang ramai supaya balik ke kampung pada hari-hari
perayaan. Oleh itu jelaslah bahawa media massa memainkan peranan penting untuk
merapatkan hubungan kekeluargaan.
Kerajaan pula telah memperkenalkan dasar bahawa setiap hari sabtu
sebagai cuti umum. Hal ini bertujuan agar ibu bapa dapat meluangkan masa
bersama-sama dengan ahli keluarga. Langkah ini akan menjadikan hubungan
kekeluargaan lebih erat. Sebagai contoh, ibu bapa membawa ahli keluarga
pergi melancong ke tempat yang menarik di negara ini. Hal ini bertepatan dengan
Kempen Cuti-Cuti Malaysia.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam merapatkan hubungan
kekeluargaan . Usaha ini penting kerana hubungan kekeluargaan yang baik
dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga.
Seterusnya, mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan melahirkan rakyat
yang penyayang.
2 comments:
Food
Good
Post a Comment