Penggunaan
kata pemeri dalam Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai pemeri hal atau
perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat bukanlah
sesuatu yang wajib sebagaimana penggunaan ‘is’, ‘are’ ataupun ‘a’ dalam struktur Bahasa Inggeris.
Penggunaannya
agak terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat Bahasa
Melayu. Namun demikian terdapat kecenderungan penggunaannya dalam
pembentukan ayat-ayat yang salah ataupun tidak gramatis khususnya
apabila digunakan pada awal ayat di hadapan frasa kerja ataupun kata
kerja.
Untuk keterangan lanjut sila layari blog Cikgu Azmi Masron :
Cikgu, serpihan ayat "hal ini kerana masalah..." boleh dibahagikan kepada
dua klausa. Serpihan ayat ini betul atau sepatutnya "hal ini demikian
kerana ...". Bagaimanakah pula serpihan ayat kedua dibahagikan? Terima
kasih.
Drp:
Cikgu Yiki,
Jawaban:
Hal ini kerana (x), Hal ini demikian kerana (x), Hal ini dikatakan demikian
(/), Hal ini berlaku demikian (/) Hal ini terjadi demikian (/).
Dalam
bahasa Melayu, perkataan "demikian" ialah kata adverba. Oleh hal yang
demikian, kata adverba tidak boleh menjadi inti subjek atau predikat ayat
Bencana alam terutama banjir begitu kerap berlaku di negara ini terutama ketika musim hujan. Bukan sahaja harta benda musnah malah nyawa manusia turut melayang.
Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam ini.
Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah ditentukan oleh Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai manusia harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa bencana ini menjadi semakin meruncing kerana sama ada kita mahu mengaku atau tidak bencana alam ini akan terus berlaku. Pemahaman terhadap punca-punca yang menjurus berlakunya bencana ala mini berupaya menimbulkan tindakan yang mampu menghalang atau mungkin mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan korban manusia pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana alam ini.
Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala petaka yang sudah menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan juga banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja. Kajian sains telah membuktikan bahawa bumi ini memang senantiasa dalam proses perubahan meliputi kejadian bencana alam itu. Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa dunia ini sejak berkurun-kurun lalu.
Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam yang disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak berdekad-dekad lamanya itu. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam era kemodenan manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi ini walaupun luas pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu. Jadi, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas sehingga dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.
Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana atau tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah keupayaan bencana ala mini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.
Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia dalam tempoh masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di dunia ini. Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan fenomena pemasan global.
Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini.
PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTIK Jawapan Nurul Aina Aqilah Abdul Rahim 5RKA Peperiksaan Percubaan 2015
Semangat nasionalisme bererti semangat cintakan negara. Selain itu,
semangat ini juga didefinisikan sebagai semangat patriotik. Di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung. Peribahasa ini menggambarkan nilai kesetiaan
yang perlu ada dalam jiwa setiap rakyat terhadap negara tercinta. Walaupun
hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, kita seharusnya
mencurah rasa cinta tidak terhingga terhadap negara tanah tumpahnya darah kita.
Namun, perilaku generasi kini yang lebih memuja budaya barat sehingga malu
untuk menyatakan dirinya sebagai anak timur amat menyedihkan hati. Justeru,
masalah ini perlu diatasi dengan segera agar negara Malaysia tidak hancur
binasa akibat perbuatan rakyatnya sendiri. Persoalannya, apakah langkah-langkah
untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa rakyat?
Pada tanggal 31 Ogos 1957,
negara Malaysia memperoleh kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajahan
British. Hal ini merupakan titik mula bagi Malaysia untuk membentuk kerajaan
sendiri. Justeru, bagi menghargai dan mensyukuri kemerdekaan yang diperoleh,
sambutan hari kemerdekaan diadakan dengan meriah pada setiap tahun. Sambutan
ini diadakan untuk memperingati jasa-jasa pemimpin tanah air yang telah memerah
keringat untuk mempertahankan negara. Penyertaan semua rakyat tanpa mengira
agama, budaya, kelas dan kaum dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa
rakyat. Seperti mana yang kita dapat perhatikan, di negara Indonesia, rakyatnya
begitu menghargai kemerdekaan dengan mengibarkan bendera tidak kira di mana
mereka berada. Hari kemerdekaan tidak seharusnya dianggap hanya sebagai hari
cuti atau hari untuk membeli-belah di kompleks pakaian. Hari kemerdekaan
merupakan masa bagi rakyat untuk mengenepikan segala ideologi politik. Hari ini
adalah hari bagi rakyat untuk mengangkat tangan mengibarkan bendera ‘Jalur
Gemilang’ sambil melaungkan kata-kata yang mempamerkan semangat patriotik dalam
diri. Sehati, sejiwa dan sederap. Semua rakyat daripada pelbagai lapisan
masyarakat haruslah seiring dan sejalan dalam mengorak langkah untuk memastikan
negara Malaysia dapat teguh berdiri hingga ke akhir zaman. Jelaslah bahawa
sambutan hari kemerdekaan dapat memupuk semangat patriotik.
Seterusnya, pemupukan
semangat patriotik dapat dilakukan melalui pendidikan di sekolah mata pelajaran
sejarah dapat dijadikan sebagai medium untuk menanam rasa cinta akan negara
dalam diri pelajar. Unsur-unsur patriotik harus diselitkan dalam pengajaran
oleh para guru. Sebagai contoh, tajuk seperti ‘perjuangan pemimpin tempatan
menentang penjajah’ dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang keperitan
dan kepahitan yang dialami oleh generasi dahulu untuk memperoleh kemerdekaan.
Hal ini dapat menimbulkan rasa kesyukuran dalam diri anak muda kerana dapat
hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Justeru, rasa cinta yang bercambah
dalam diri mereka dapat menjadikan mereka rakyat yang setia dan patuh kepada
negara. Perkara ini bertepatan dengan rukun negara yang kedua iaitu, kesetiaan
kepada raja dan negara. Kata seorang tokoh terkenal, ‘sesiapa yang tidak
mengingati sejarah, pasti akan mengulanginya’. Dengan pemupukan semangat
patriotik melalui pendidikan, diharap anak muda kini dapat terus memacu negara
menuju kejayaan. Jelaslah bahawa pendidikan dapat memupuk semangat patriotik.
Di samping itu, semangat
patriotik dapat diwujudkan melalui pelancongan. Pihak kerajaan hauslah
menganjurkan tahun melawat Malaysia pada setiap tahun khusus kepada rakat
Malaysia. Justeru, rakyat dapat menghayati keindahan flora dan fauna di
Malaysia dan menyedari warisan turun temurun yang harus dijaga sepanjang hayat.
Hal in dapat menyedarkan mereka untuk menjaga dan mencintai negara Malaysia yang
penuh dengan pelbagai warisan bangsa. Rakyat Malaysia harus mengenepikan segala
unsur perkauman demi menjaga keindahan Malaysia tercinta. Dengan ini diharap,
secebis rasa cinta akan negara akan timbul dalam diri setiap rakyat dapat
memastikan Malaysia kekal indah dengan pelbagai warna alam. Jelaslah bahawa
semangat patriotik dapat dipupuk melalui pelancongan.
Media massa memainkan
peranan penting untuk memupuk semangat patriotik. Tayangan drama atau filem
berkaitan perjuangan pemimpin negara dapat memberi sedikit gambaran kepada
penonton tentang latar belakang pembentukan negara Malaysia. Namun, media massa
kini kerap menayangkan filem-filem barat yang bukan sahaja merosakkan fikiran
malah ia dapat menghakis jati diri anak muda. Kesannya, mereka terpengaruh
dengan budaya kuning yang menyebabkan generasi kini rosak minda dan budaya.
Walaupun kita berada di negara timur, namun, unsur kebaratan itu lebih banyak
dilihat berbanding unsur ketimuran. Justeru, media massa seharusnya memenuhi
masa tayangan dengan filem yang mempunyai nilai-nilai positif. Sebagai contoh,
filem ‘Embun’ yang menceritakan kisah seorang gadis Melayu semasa penjajahan Jepun
dapat menarik minat penonton. Filem ini memaparkan nilai ketabahan seorang
gadis melawan penjajah. Walaupun usahanya itu kecil, ia dapat menyedarkan
masyarakat untuk terus berani mempertahankan negara. Jika filem seperti ni
menjadi bahan tontonan masyarakat, tidak hairanlah jika satu generasi
berwawasan tinggi dapat terbina. Kata Soekarno, jika diberikan 10 orang pria,
lantas dia dapat menggegarkan dunia. Pemuda pemudi yang bersemangat waja dapat
menjadi pemangkin pembangunan negara. Jelaslah bahawa semangat patriotik dapat
dipupuk melalui tayangan filem.
Ke gunung sama didaki, ke
lurah sama dituruni. Sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat, marilah kita
bersama-sama menyemarakkan rasa cinta yang mendalam agar negara dapat terus gah berdiri di persada dunia.
Langkah-Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam Kalangan Rakyat
Oleh : Nur Shaqireen Zainon (5RKA)
Selepas 446 tahun di bawah penguasaan
penjajah, bapa kemerdekaan Malaysia mengisytiharakan kemerdekaan buat Tanah
Melayu pada tarikh keramat 31 Ogos 1957.Kalimat ... Merdeka! Merdeka! Merdeka!... dengan bangganya dilaungkan tujuh kali
di Stadium Merdeka.Kedengaran semangat dan
titisan air mata kebahagiaan.Pada tahun
2015 Malaysia akan menyambut kemerdekaan negara buat kali ke 58. Ketika seusia 58 tahun,jika dibandingkan dengan manusia pastinya
kita menggambarkan seseorang yang matang, mampu berfikir secara rasional dan
dapat membuat keputusan yang bijak sertapastinya lebih memahami asam garam kehidupan.Namun begitu, 58 tahun belum cukup untuk negara
kita dibanggakan di mata dunia. Kita
masih bagai enggang dengan pipit dengan negara-negara kelas pertama. Tokoh
ilmuan barat pernah mengatakan untuk membina sesebuah negara perkara utama yang
perlu ada ialah semangat patriotik yang tinggi dalam diri rakyat. Hal ini kerana, dengan wujudnya semangat cinta
akan negara akan lahirlah individu-individu yang berjiwa besar dalam politik, ekonomi
dan sahsiah.Oleh sebab itu, kita perlu
memastikan semangat patriotik sentiasa menyala dalam setiap kalbu rakyat. Semarak api cinta akan negara seharusnya kekal
sepanjang masa bukan seperti hangat-hangat tahi ayam.Kita mestilah memupuk semangat patriotik, menyiramnya
dan membajainya agar semangat itu terus tumbuh dan berakar di hati rakyat.
Persoalannya, apakah langkah-langkah progresif dan pragmatik yang boleh diambil untuk memupuk semangat
patriotik dalam diri rakyat?
Pakar
filsuf dunia pernah menyatakan “segalanya bermula dari rumah”. Hal ini
menunjukkan peri pentingnya institusi kekeluargaan untuk memupuk semangat
patriotik dalam diri seseorang.Ibu bapa yang merupakan tulang belakang dalam
keluarga mestilah mengorak langkah yang lebih kreatif dan inovatif agar
semangat patriotik dapat disemat di dalam diri anak-anak. Antara langkah yang boleh diambil ialah
membawa anak-anak bercuti di tempat-tempat bersejarah. Tamsilnya, Bandaraya
Bersejarah Melaka. Anak-anak berpeluang
untuk lebih dekat dengan sejarah seperti melihat sendiri peninggalan kota
A-famosa.Selain itu, ibu bapa mestilah menjadi suri tauladan kepada anak-anak.
Misalannya, mengibarkan Jalur Gemilang di
rumah,kereta mahupun di basikal anak-anak. Hal ini kerana, anak-anak yang usia
setahun jagung dan darah setampuk pinang masih samar-samar dalam memahami
semangat patriotik yang sebenar.Jelaslah,
ibu bapa menjadi pencetus utama untuk memupuk semangat patriotik sejak kecil
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dan dapat mendatangkan impak yang
hebat dalam kalangan rakyat kerana untuk menanam sesuatu budaya yang baik, pastinya
menggunakan cara yang baik dan tidak berkeras seperti peribahasa bagai menarik
rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Pihak kerajaan juga tidak dikecualikan
dalam usaha memupuk semangat patriotik dalam diri rakyat. Jika kita melihat ke
negara jiran, Indonesia pastinya kita merasa takjub dengan rakyat mereka yang
tidak perlu dipujuk dan dirayu untuk menyambut hari kemerdekaan malah mereka
dengan rela hati dan berlapang dada untuk meraikannya dengan penuh kemeriahan
sebagai tanda kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada para pejuang mereka.Jika hendak dibandingkan dengan kita ibarat
langit dengan bumi. Mungkin ini yangt harus di tanggung oleh Malaysia kerana
rakyatnya yang kurang rasa empati terhadap perjuangan untuk mendapatkan
kemerdekaan yang bukannya murah tetapi menunutut seribu satu perjuangan dan
pengorbanan.Rentetan daripada itu, tidak dapat tidak pihak kerajaan terpaksa
membelanjakan peruntukan yang besar untuk menganjurkan kempen besar-besaran dan
menganjurkan hari kemerdekaan bermula di peringkat institusi pendidikan di
seluruh negara dan institusi-institusi awam yang pastinya menelan belanja yang
besar.
Pihak kerajaan juga mula menghias
kawasan-kawasan tumpuan sama ada di ibu kota mahupun desa. Percaya ataupun tidak
mata kita akan diwarnai dengan lautan
bendera yaaanggg menghiasi hamper dddisetiap pelusuk Malaysia. Usaha-usaha ini membuktikan kerajaan komitmen
untuk memastikan semangat patriotic taklekang
dek ujan tak luput dek panas.Kempen
yang diadakan mestilah dapat menarik minat rakyat dan mampu memberi bekas di
dalam hati rakyat.Hasrat kerajaan
pastinya ingin memastikan usaha mereka membuahkan hasil, bukan sekadar
melepaskan batok ditangga dan bagai mencurahkkan air ke daun keladi tetapi
alang-alang mandi biarlah basah.Umum mengeetahui,kerajaan memberi cuti umum sempena hari
kemerdekaan.langkah ini disambut baik oleh masyarakat kerana mereka berpeluang
untuk menunjukkan rasa cinta akan Negara dengan menyertai perarakkan
kemerdekaan mahupun memberi sokongan kepada anggota masyarakat yang
terlibat.namun begitu,masih terdapat segelintir masyarakat hanya beranggapan
bahawa cuti umum pada hari kemerdekaan sekadar unutuk melepaskan lelah bekerja
atau belajar.Ada juga masyarakat yang
bermentaliti dunia ketiga yang beranggapan bahawa inilah masa keemasan untuk
membanjiri gedung membeli-belah kerana adanya pelbagai jualan murah. Di mana
letaknya nilai patriotik seseorang rakyat jika kita langsung tidak mengambil
peduli tentang peristiwa-peristiwa penting dalam negara kita.Oleh sebab itu,pihak kerajaan dan masyarakat
mestilah berganding bahu untuk memupuk semangat patriotik dalam diri kerana bertepuk
sebelah tangan manakan berbunyi.Jelaslah ,pihak kerajaan memainkan peranan
penting untukmemupuk semangat patriotik
dari kalangan masyarakat.Usaha kerajaan dengan menganjurkan hari kemerdekaan
serta memberikan cuti umum kepada rakyat seharusnya tidak dipandang sepi tetapi
mestilah disambut dengan tindak balas positif oleh masyarakat.
Pada
peringkat institusi pendidikan,khususnya pada peringkat sekolah antara cara
yang boleh diambil untuk memupuk semangat patriotik ialah melalui mata
pelajaran Sejarah.Sehingga kini,Sejarah antara wadah yang mendatangkan kesan
positif dalam diri pelajar.Tokoh sejarawan dunia pernah menukilkan bahawa
sesiapa yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulanginya.Kita pastinya
tidak mahu pisang berbuah dua kali. Langkah murni Kementerian Pendidikan
Malaysia mewajibkan semua pelajar lulus dalam mata pelajaran Sejarah bagi yang
menduduki peperiksaan sijil pelajaran Malaysia merupakan satu usaha yang sangat
bernas kerana pelajar yang dulunya memandang enteng akan mata pelajaran Sejarah
kerana beranggapan ianya antara subjek yang membosankan mula menunjukkan minat
dalam mata pelajaran ini apabila mereka cenderung untuk mempelajarinya dengan
lebih mendalam.Peperiksaan bukanlah
matlamat aula yang dikejar oleh pelajar, tetapi peperiksaan adalah alat yang
mampu menarik minat para pelajaruntuk lebih mendalami sesuatu ilmu.Para
pealajar harus merenung sejenak ke belakang agar mereka lebih menghargai
kemerdekaan yang diusahakan oleh para penegak kemerdekaan.Dengan mempelajari ilmu sejarah yang
bertunjangkan kepada perjuangan menuntut kemerdekaan,dipaterikan pula dengan
ilmu agama yang kukuh pastinya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai semangat
patriotik yang setinggi Gunung Kinabalu. Misalannya,melalui sejarahlah para
pelajar mengetahui bahawa kemerdekaanyang kita kecapipada hari ini
berkat kesabaran, usaha keras, kerahan keringat, keberanian dan kebijaksanaan yang
menjadi pemacu utama dalam setiap kejayaaan para perjuang terdahulu.Tamsilnya,keberaniaan
yang ditunjukkan oleh Rosli Dhobi ketika penentangan di Sarawak dan
kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan melalui diplomasi.
Semangat patriotik yang tinggi dari pemimpin terdahulu pastinya dapat di cerap
dan diserap oleh generasi muda kini. Izharlah,dengan mempelajari sejarah dapat
memupuk semangat patrioti dalam diri setiap rakyat.
Generasi
muda pascamerdeka kurang menghayati kehidupan pada zaman penjajahan kerana
celik-celik mata mereka telah dilimpahi harta, dikelilingi bangunan-bangunan
pencakar langit dan pelbagai mudahan yang menjadikan mereka leka dan alpa dek
kesenangan yang melimpah ruah.Oleh itu
inilah signifikannya media massa tidak kiralah media cetak mahupun media
elektronik menyedarkan mereka daripada lamunan indah.Semangat patriotik yang
kian luntur dalam diri mereka mestilah dicorakkan semula.Antara langkah yang boleh diambil ialah
dengan memaparkan iklan-iklan berbentuk kesedaran kepada mereka.Inilah masanya untuk mendendangkan lagu-lagu
patriotik di corong-coong radio. Selain itu,bagi mengimbau sejarah perjuangan
peminmpin tempatan filem-filem bercorak patriotik seperti Bukit Kepong, Paloh, Embun,
Sarjan Hassan dan lain-lain lagi seharusnya menjadi pilihan untuk ditayangkan
semula di siaran-siaran televisyen. Hal ini kerana, filem yang sarat dengan
pengajaran boleh menyalakan sumbu di dalam hati para penonton akan semangat
patriotik yang kian suram dan mempertahankan maruah agama, negara dan bangsa
yang telah lama dibiarkan terpadam di dalam diri.Jelaslah, media massa antara wahana penting
untuk menyampaikan semangat patriotik dalam diri seseorang.
Kesimpulannya,
sebagai anak watan yang akan menerajui pucuk kepimpinan negara pada masa
hadapan, kita semua perlu sehati sejiwa dan sederap melangkah dengan semangat
patriotik yang tinggi dalam diri.Kini
bukan masanya untuk menunding jari kepada pihak lain tetapi inilah masanya
untuk kita sama-sama memperbaiki diri masing-masing.Semangat patriotik yang tinggi seperti rela
bekorban hingga ketitisan darah yang terakhir demi kepentingan negara mestilah
disemat dalam diri masing-masing.Obligasi
mengekalkan kemerdekaan negara tertanggung di bahu setiap rakyat Malaysia.Kita mestilah mempertahankan maruah negara
daripada diinjak-injak oleh bangsa asing.Akhir sekali, walaupun terdapat pelbagai usaha yang dilakukan jika tanpa
pelaksanaan, sekadar angan-angan kosong untuk melahirkan insan yang berjiwa
waja dan bersemangat patriotik maka berpuas hatilah kita dengan retorik tanpa
noktahnya.