Sunday, October 11, 2015

Hal ini kerana ....(Salah tu sayang)

Hal ini kerana ....  (SALAH) 

Dipetik daripada blog Abdul Ghalib Yunus.

Soalan: 

Cikgu, serpihan ayat "hal ini kerana masalah..." boleh dibahagikan kepada dua klausa. Serpihan ayat ini betul atau sepatutnya "hal ini demikian kerana ...". Bagaimanakah pula serpihan ayat kedua dibahagikan? Terima kasih. Drp: Cikgu Yiki, 

 Jawaban: 

Hal ini kerana (x), 
Hal ini demikian kerana (x), 
Hal ini dikatakan demikian (/), 
Hal ini berlaku demikian (/) 
Hal ini terjadi demikian (/). 

Dalam bahasa Melayu, perkataan "demikian" ialah kata adverba. Oleh hal yang demikian, kata adverba tidak boleh menjadi inti subjek atau predikat ayat

5 comments:

Dollah said...

Cikgu, kalau saya buat "hal ini kerana" markah akan dipotong x???

Cikgu Mohd Sa'ad said...

Pemberian markah diberi berdasarkan pembacaan keseluruhan teks jawapan (holistik). Kesalahan dari segi tatabahasa digariskan dengan dakwat merah. Jika terlalu banyak kesalahan tatabahasa (kesalahan yang berulang-ulang)akan menjejaskan kadar pemarkahan.Jika satu atau dua kesalahan tatabahasa tidak menjejaskan dari segi pemarkahan.

Anonymous said...

Cikgu, kata adverba tu apa?

Unknown said...

hi cikgu kalau 'hal ini dikatakan kerana' betul tak

King said...

Salah tu