Langkah-Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam Kalangan Rakyat
Oleh : Nur Shaqireen Zainon (5RKA)
Selepas 446 tahun di bawah penguasaan
penjajah, bapa kemerdekaan Malaysia mengisytiharakan kemerdekaan buat Tanah
Melayu pada tarikh keramat 31 Ogos 1957.
Kalimat ... Merdeka! Merdeka! Merdeka!... dengan bangganya dilaungkan tujuh kali
di Stadium Merdeka. Kedengaran semangat dan
titisan air mata kebahagiaan. Pada tahun
2015 Malaysia akan menyambut kemerdekaan negara buat kali ke 58. Ketika seusia 58 tahun, jika dibandingkan dengan manusia pastinya
kita menggambarkan seseorang yang matang, mampu berfikir secara rasional dan
dapat membuat keputusan yang bijak serta
pastinya lebih memahami asam garam kehidupan. Namun begitu, 58 tahun belum cukup untuk negara
kita dibanggakan di mata dunia. Kita
masih bagai enggang dengan pipit dengan negara-negara kelas pertama. Tokoh
ilmuan barat pernah mengatakan untuk membina sesebuah negara perkara utama yang
perlu ada ialah semangat patriotik yang tinggi dalam diri rakyat. Hal ini kerana, dengan wujudnya semangat cinta
akan negara akan lahirlah individu-individu yang berjiwa besar dalam politik, ekonomi
dan sahsiah. Oleh sebab itu, kita perlu
memastikan semangat patriotik sentiasa menyala dalam setiap kalbu rakyat. Semarak api cinta akan negara seharusnya kekal
sepanjang masa bukan seperti hangat-hangat tahi ayam. Kita mestilah memupuk semangat patriotik, menyiramnya
dan membajainya agar semangat itu terus tumbuh dan berakar di hati rakyat.
Persoalannya, apakah langkah-langkah progresif dan pragmatik yang boleh diambil untuk memupuk semangat
patriotik dalam diri rakyat?
Pakar
filsuf dunia pernah menyatakan “segalanya bermula dari rumah”. Hal ini
menunjukkan peri pentingnya institusi kekeluargaan untuk memupuk semangat
patriotik dalam diri seseorang.Ibu bapa yang merupakan tulang belakang dalam
keluarga mestilah mengorak langkah yang lebih kreatif dan inovatif agar
semangat patriotik dapat disemat di dalam diri anak-anak. Antara langkah yang boleh diambil ialah
membawa anak-anak bercuti di tempat-tempat bersejarah. Tamsilnya, Bandaraya
Bersejarah Melaka. Anak-anak berpeluang
untuk lebih dekat dengan sejarah seperti melihat sendiri peninggalan kota
A-famosa.Selain itu, ibu bapa mestilah menjadi suri tauladan kepada anak-anak.
Misalannya, mengibarkan Jalur Gemilang di
rumah,kereta mahupun di basikal anak-anak. Hal ini kerana, anak-anak yang usia
setahun jagung dan darah setampuk pinang masih samar-samar dalam memahami
semangat patriotik yang sebenar. Jelaslah,
ibu bapa menjadi pencetus utama untuk memupuk semangat patriotik sejak kecil
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dan dapat mendatangkan impak yang
hebat dalam kalangan rakyat kerana untuk menanam sesuatu budaya yang baik, pastinya
menggunakan cara yang baik dan tidak berkeras seperti peribahasa bagai menarik
rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Pihak kerajaan juga tidak dikecualikan
dalam usaha memupuk semangat patriotik dalam diri rakyat. Jika kita melihat ke
negara jiran, Indonesia pastinya kita merasa takjub dengan rakyat mereka yang
tidak perlu dipujuk dan dirayu untuk menyambut hari kemerdekaan malah mereka
dengan rela hati dan berlapang dada untuk meraikannya dengan penuh kemeriahan
sebagai tanda kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada para pejuang mereka. Jika hendak dibandingkan dengan kita ibarat
langit dengan bumi. Mungkin ini yangt harus di tanggung oleh Malaysia kerana
rakyatnya yang kurang rasa empati terhadap perjuangan untuk mendapatkan
kemerdekaan yang bukannya murah tetapi menunutut seribu satu perjuangan dan
pengorbanan.Rentetan daripada itu, tidak dapat tidak pihak kerajaan terpaksa
membelanjakan peruntukan yang besar untuk menganjurkan kempen besar-besaran dan
menganjurkan hari kemerdekaan bermula di peringkat institusi pendidikan di
seluruh negara dan institusi-institusi awam yang pastinya menelan belanja yang
besar.
Pihak kerajaan juga mula menghias
kawasan-kawasan tumpuan sama ada di ibu kota mahupun desa. Percaya ataupun tidak
mata kita akan diwarnai dengan lautan
bendera yaaanggg menghiasi hamper dddi
setiap pelusuk Malaysia. Usaha-usaha ini membuktikan kerajaan komitmen
untuk memastikan semangat patriotic tak lekang
dek ujan tak luput dek panas. Kempen
yang diadakan mestilah dapat menarik minat rakyat dan mampu memberi bekas di
dalam hati rakyat. Hasrat kerajaan
pastinya ingin memastikan usaha mereka membuahkan hasil, bukan sekadar
melepaskan batok ditangga dan bagai mencurahkkan air ke daun keladi tetapi
alang-alang mandi biarlah basah. Umum mengeetahui, kerajaan memberi cuti umum sempena hari
kemerdekaan.langkah ini disambut baik oleh masyarakat kerana mereka berpeluang
untuk menunjukkan rasa cinta akan Negara dengan menyertai perarakkan
kemerdekaan mahupun memberi sokongan kepada anggota masyarakat yang
terlibat.namun begitu,masih terdapat segelintir masyarakat hanya beranggapan
bahawa cuti umum pada hari kemerdekaan sekadar unutuk melepaskan lelah bekerja
atau belajar. Ada juga masyarakat yang
bermentaliti dunia ketiga yang beranggapan bahawa inilah masa keemasan untuk
membanjiri gedung membeli-belah kerana adanya pelbagai jualan murah. Di mana
letaknya nilai patriotik seseorang rakyat jika kita langsung tidak mengambil
peduli tentang peristiwa-peristiwa penting dalam negara kita. Oleh sebab itu,pihak kerajaan dan masyarakat
mestilah berganding bahu untuk memupuk semangat patriotik dalam diri kerana bertepuk
sebelah tangan manakan berbunyi.Jelaslah ,pihak kerajaan memainkan peranan
penting untuk memupuk semangat patriotik
dari kalangan masyarakat.Usaha kerajaan dengan menganjurkan hari kemerdekaan
serta memberikan cuti umum kepada rakyat seharusnya tidak dipandang sepi tetapi
mestilah disambut dengan tindak balas positif oleh masyarakat.
Pada
peringkat institusi pendidikan,khususnya pada peringkat sekolah antara cara
yang boleh diambil untuk memupuk semangat patriotik ialah melalui mata
pelajaran Sejarah.Sehingga kini,Sejarah antara wadah yang mendatangkan kesan
positif dalam diri pelajar.Tokoh sejarawan dunia pernah menukilkan bahawa
sesiapa yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulanginya.Kita pastinya
tidak mahu pisang berbuah dua kali. Langkah murni Kementerian Pendidikan
Malaysia mewajibkan semua pelajar lulus dalam mata pelajaran Sejarah bagi yang
menduduki peperiksaan sijil pelajaran Malaysia merupakan satu usaha yang sangat
bernas kerana pelajar yang dulunya memandang enteng akan mata pelajaran Sejarah
kerana beranggapan ianya antara subjek yang membosankan mula menunjukkan minat
dalam mata pelajaran ini apabila mereka cenderung untuk mempelajarinya dengan
lebih mendalam. Peperiksaan bukanlah
matlamat aula yang dikejar oleh pelajar, tetapi peperiksaan adalah alat yang
mampu menarik minat para pelajaruntuk lebih mendalami sesuatu ilmu.Para
pealajar harus merenung sejenak ke belakang agar mereka lebih menghargai
kemerdekaan yang diusahakan oleh para penegak kemerdekaan. Dengan mempelajari ilmu sejarah yang
bertunjangkan kepada perjuangan menuntut kemerdekaan,dipaterikan pula dengan
ilmu agama yang kukuh pastinya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai semangat
patriotik yang setinggi Gunung Kinabalu. Misalannya,melalui sejarahlah para
pelajar mengetahui bahawa kemerdekaan
yang kita kecapi pada hari ini
berkat kesabaran, usaha keras, kerahan keringat, keberanian dan kebijaksanaan yang
menjadi pemacu utama dalam setiap kejayaaan para perjuang terdahulu.Tamsilnya,keberaniaan
yang ditunjukkan oleh Rosli Dhobi ketika penentangan di Sarawak dan
kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan melalui diplomasi.
Semangat patriotik yang tinggi dari pemimpin terdahulu pastinya dapat di cerap
dan diserap oleh generasi muda kini. Izharlah,dengan mempelajari sejarah dapat
memupuk semangat patrioti dalam diri setiap rakyat.
Generasi
muda pascamerdeka kurang menghayati kehidupan pada zaman penjajahan kerana
celik-celik mata mereka telah dilimpahi harta, dikelilingi bangunan-bangunan
pencakar langit dan pelbagai mudahan yang menjadikan mereka leka dan alpa dek
kesenangan yang melimpah ruah. Oleh itu
inilah signifikannya media massa tidak kiralah media cetak mahupun media
elektronik menyedarkan mereka daripada lamunan indah.Semangat patriotik yang
kian luntur dalam diri mereka mestilah dicorakkan semula. Antara langkah yang boleh diambil ialah
dengan memaparkan iklan-iklan berbentuk kesedaran kepada mereka. Inilah masanya untuk mendendangkan lagu-lagu
patriotik di corong-coong radio. Selain itu,bagi mengimbau sejarah perjuangan
peminmpin tempatan filem-filem bercorak patriotik seperti Bukit Kepong, Paloh, Embun,
Sarjan Hassan dan lain-lain lagi seharusnya menjadi pilihan untuk ditayangkan
semula di siaran-siaran televisyen. Hal ini kerana, filem yang sarat dengan
pengajaran boleh menyalakan sumbu di dalam hati para penonton akan semangat
patriotik yang kian suram dan mempertahankan maruah agama, negara dan bangsa
yang telah lama dibiarkan terpadam di dalam diri. Jelaslah, media massa antara wahana penting
untuk menyampaikan semangat patriotik dalam diri seseorang.
Kesimpulannya,
sebagai anak watan yang akan menerajui pucuk kepimpinan negara pada masa
hadapan, kita semua perlu sehati sejiwa dan sederap melangkah dengan semangat
patriotik yang tinggi dalam diri. Kini
bukan masanya untuk menunding jari kepada pihak lain tetapi inilah masanya
untuk kita sama-sama memperbaiki diri masing-masing. Semangat patriotik yang tinggi seperti rela
bekorban hingga ketitisan darah yang terakhir demi kepentingan negara mestilah
disemat dalam diri masing-masing. Obligasi
mengekalkan kemerdekaan negara tertanggung di bahu setiap rakyat Malaysia. Kita mestilah mempertahankan maruah negara
daripada diinjak-injak oleh bangsa asing.
Akhir sekali, walaupun terdapat pelbagai usaha yang dilakukan jika tanpa
pelaksanaan, sekadar angan-angan kosong untuk melahirkan insan yang berjiwa
waja dan bersemangat patriotik maka berpuas hatilah kita dengan retorik tanpa
noktahnya.
2 comments:
It is very very fantastic
Thank you
Post a Comment